Aku tak sangka orang rumah aku dah 'booking' studio untuk bergambar bersama-sama family... promosi agak murah iaitu RM 55 jer.. (gambar sekeping saiz 8r, photoshoot kamera selama kira2 sejam dan sekeping VCD didalamnya ada 189 shoot gambar). Kira ok la tu... Sebelum tu harga sebelum promosi kira2 RM 200 ke atas.
Di sini aku cuba masukan aksi kami sekeluarga bergambar...
Gambar si Ameer.... memang serius dan tak reti duduk diam waktu pergambaran (biasa la budak). Ini adalah 'shoot' yang tercantik sekali...
Ameer dah start nak menangis...Dia hendak main basikal yang ada kat studio...
Athif sentiasa 'cool' jer and banyak bersabar dengan adiknya...
Macam posting sewaktu kami bersanding dekat Lurah Bilut, Pahang...
Adik and abang...
Banyak gambar bersama abang long jer (sebab abang long dengar cakap ayah dan ibu)
Ini jer la yang aku leh add kat blog nie... kalau yang lain semuanya ada kat FB...
No comments:
Post a Comment